Arul Kanda Mengaku Tidak Bersalah Bersubahat Pinda Laporan Akhir Audit 1MDB

19
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan bersubahat dalam meminda laporan akhir audit syarikat itu.

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayub.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 28 (1)(C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 23(1) dan Seksyen 24(1) akta yang sama.

Arul didapati bersubahat bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu diantara 22 hingga 26 Februari 2016 di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000 atau ringgit mana yang lebih tinggi.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh menyerahkan passport.

Sebutan semula kes akan didengar 4 Januari depan.