Apabila Tun M Menonton Star Wars Di Sunway Pyramid

206
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Sunway Pyramid, Bandar Sunway petang tadi mengejutkan ramai pihak.

Lebih-lebih lagi apabila bekas Perdana Menteri terus ke pawagam 3D IMAX untuk menonton filem ‘Star Wars: The Force Awakens’.

Menurut sumber, pihak pusat membeli belah itu turut terkejut dengan kehadiran Tun Mahathir kerana mereka tidak menerima sebarang pengumuman tentang ketibaan ahli politik itu.

Difahamkan Tun Mahathir tiba di Sunway Pyramid pada jam 2.45 petang bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah.

Filem berkenaan ditayangkan pada jam 3 petang dan kedua-dua mereka bergegas pulang pada jam 5.30 petang.

Keadaan turut terkawal dan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Tun Mahathir.