Anwar Ibrahim Bebas

52
0
KONGSI

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini selepas mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pagi ini.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Umum PKR itu dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi di Hospital Reheabilisasi Cheras di sini.

Anwar dilihat diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah.

Ketika dibebaskan, Anwar sempat melambai kepada penyokong dan pengamal media sebelum meninggalkan hospital tersebut sembilan minit kemudian.

Beliau dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Anwar sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.