Aliran Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama

25
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 10 malam ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.