Akhbar Tamil Nesan Ditutup 1 Februari

40
0

KUALA LUMPUR: Akhbar Tamil Nesan iaitu antara akhbar tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini selepas 96 tahun beroperasi.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri S Velpaari ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.

Isu pertama akhbar Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 dan disasarkan untuk masyarakat India.

Selain Tamil Nesan, akhbar Tamil di negara ini termasuk Malaysian Nanban, Makkal Osai dan Tamil Malar.