Ahmad Maslan Perkenalkan Nasi Goreng Ngap Pula!

26
0

KUALA LUMPUR : Jika sebelum ini nasi goreng petai menjadi menu penutup 2018 bagi bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Ahmad Maslan, kini beliau muncul pula dengan menu baharu iaitu Nasi Goreng Ngap.

Berkongsi gambar di akaun Twitter miliknya, Ahmad menyifatkan terdapat perubahan dalam menunya iaitu sekiranya sebelum ini menggunakan ungkapan ‘ngam’, kini ungkapan ‘ngap’ pula.

“Selalu “NGAM” Kali ini “NGAP” Nasi Goreng Ahmad Maslan NGAM, Nasi Goreng Agak Pedas.

“Cili merah ini Tanam sendiri di kawasan kediaman. Agak pedas.

“Nasi, bawang, daun bawang, cendawan, cebisan ayam, lada hijau, garam, minyak sawit dan telur goreng, cili merah,’’ tulisnya di posting itu yang mencuit hati pengguna laman sosial.

Ahli Parlimen Pontian itu kemudiannya menyatakan tahun 2019 perlu pedas.