Ahmad Maslan Lebih Baik Diam – Nik Nazmi

138
0
KONGSI

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Pemuda PKR mengsyorkan mana-mana menteri seperti Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Ahmad Maslan supaya mendiamkan diri sekiranya tidak dapat menyumbang idea atau mengeluarkan polisi yang benar-benar membantu rakyat daripada menyakitkan hati.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan Ahmad yang menyarankan agar penjawat awam melakukan dua perkerjaan untuk menampung kos sara hidup jelas menunjukkan bahawa kerajaan sendiri mengakui bahawa isu kenaikan kos sara hidup adalah sesuatu perkara yang serius dan mereka juga sudah ketandusan idea untuk menangani isu ini.

“Bukan sahaja cadangan itu tidak konstruktif sebagai satu kaedah penyelasaian daripada pucuk pimpinan negara, malah ia merupakan penghinaan kepada rakyat yang semakin tertekan menghadapi realiti kehidupan masa kini yang sudah cukup membebankan.

“Sekiranya kerajaan BN benar-benar percaya menjawat dua pekerjaan sebagai sebuah jalan penyelesaian, ini juga bukti bahawa kerajaan negara ini sudah gagal di dalam menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan rakyat terpaksa memikul bebanan yang lebih,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi juga menegaskan, senarai yang dikemukan Ahmad jawatan beliau dalam parti UMNO dan pentadbiran negara sebagai contoh mengamalkan #2kerja, ia hanya membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pontian itu langsung tidak dapat membezakan jawatan yang dipegang dengan pekerjaan yang dibuat oleh rakyat biasa.