Ahli Parlimen Paya Besar Meninggal Dunia

438
0

KUANTAN: Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail meninggal dunia di Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Adiknya, Datuk Seri Muhammad Safian yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata abangnya itu terjatuh di bilik air dan dipercayai mengalami serangan jantung.

“Urusan pengebumian, termasuk lokasi disemadikan masih dalam perbincangan keluarga, saya sedang berurusan dengan keluarga di Kuala Lumpur,” katanya di sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar menang dengan majoriti 7,715 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.