Agong Nasihat Anwar Ibrahim

72
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi  pesanan yang diberikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada malam beliau dibebaskan supaya membersihkan nama daripada tuduhan liwat.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson beliau turut dinasihatkan supaya tidak mengulangi kezaliman yang berlaku terhadapnya kepada orang lain.

“Saya ulang, selepas dibebaskan, Yang di-Pertuan Agong menasihatkan saya supaya bersihkan nama dari tahun 1998 sehingga 2018,” katanya katanya yang berkongsi nasihat Sultan Muhammad V kepadanya di majlis Meet Anwar Ibrahim, Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, di sini, malam tadi.

Dalam majlis sama, Anwar mengakui beliau merasa terluka kerana masih belum menjadi perdana menteri namun menurutnya itu adalah pengorbanan dirinya untuk negara.

“Ada orang tanya kenapa terlalu cepat? Aku dah tunggu 20 tahun! Kenapa PD (Port Dickson)? Dah menang besar, sudahlah. Dulu calon perdana menteri Anwar tapi kena penjara. Bagi ruang kepada Tun (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya.