9 Pelatih MHF Peroleh Sijil Kemahiran

26
0

Oleh: Saadah Latib

KUALA LUMPUR: Seramai 9 peserta dari Pusat Latihan Kemahiran, Mental Health Foundation (MHF) menerima sijil sempena berakhirnya kursus dalam bidang kulinari yang berlangsung selama 3 bulan.

Pengerusi MHF Tan Sri Hashim Meon terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pelatih dan berharap kemahiran ini bakal memberi manfaat pada masa hadapan.

“Tinggi harapan dan kepercayaan dari saya bahawa dengan adanya latihan sebegini memberi keperluan kemahiran yang berguna kepada para pelajar.

“Selepas ini saya berharap pelatih balik ke tempat masing-masing dapat aplikasikan kemahiran yang dipelajari semasa di sini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan sijil kepada 3 pelajar terbaik iaitu Hee Chua. Kiat, 42; Gloria Anak Laja, 21 dan Mahrir Mahedin, 34 yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang kursus ini berjalan.