6 Anggota Wanita LSF PDRM Cedera

63
0

KUALA LUMPUR: Enam anggota wanita pasukan Light Strike Force (LSF) cedera apabila Land Rover dinaiki terbalik dalam kejadian di Jalan Mahameru, pagi tadi.

Difahamkan, enam anggota berkenaan dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menuju Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi menjalani latihan pada jam 8.50 pagi ketika kemalangan berlaku.

Mereka kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kemalangan berpunca apabila pemandu kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan kemalangan tidak membabitkan pihak lain.