Muktamar PAS: Konvensyen Nasional DHPP Kali Pertama

7
0

KUALA NERUS: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini mengadakan Konvensyen Nasional DHPP kali pertama / 2018 sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak di sini.

Konvensyen itu yang berlangsung di Dewan Auditorium di stadium berkenaan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir pada konvensyen yang bertemakan ‘Memimpin Perpaduan’ itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad; Pengerusi DHPP Pusat, S Balasubramaniam dan Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.

Dalam majlis itu, Balasubramaniam turut menyampaikan ucapan dasar sebelum memberi laluan kepada Abdul Hadi untuk berucap merasmikan konvensyen tersebut.

Terdahulu itu, Balasubramaniam sempat mengalungkan bunga malai kepada Abdul Hadi serta Iskandar dan Dr Mahfodz.