1MDB: Tony Pua Terkejut Pengerusi PAC Enggan Panggil Saksi Tambahan

105
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua mempersoalkan keengganan Pengerusinya Datuk Hasan Arifin bahawa jawatankuasa itu tidak perlu memanggil mana-mana saksi tambahan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Berdasarkan hujah beliau (Hassan), PAC tidak perlu memanggil mana-mana saksi kerana 1MDB telahpun mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menjelaskan segala-galanya.

“Sebagai seorang anggota PAC, saya terkejut dengan hujah-hujah yang dibentangkan oleh Hasan kerana merasakan saTiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini.

Itu pandangan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terhadap desakan mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.ksi tambahan, ermasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman tidak perlu dipanggil,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hasan telah berkata bahawa keterangan Hazem tidak diperlukan kerana isu-isu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah dijawab oleh Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam prosiding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Pua berkata Lodin bertindak atas kapasitinya sebagai Pengerusi 1MDB, bukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang melaksanakan tindakan bagi pihak syarikat itu.

Tambah Pua, tindakan Hasan untuk menamatkan siasatan PAC sebelum mendengar kenyataan daripada semua saksi yang boleh dipanggil akan menjejaskan persepsi kesaksamaan PAC dalam mengendalikan penyiasatan ini.

Dalam memberi respon kepada hujah oleh Hasan bahawa proses memuktamadkan siasatan boleh ditangguhkan dengan memanggil lebih banyak saksi, Pua berkata alasan tersebut tidak boleh diterima.

“Keputusan untuk menentukan saksi utama yang akan dipanggil telah berkali-kali ditangguhkan Hasan sendiri semasa mesyuarat sejak November 2015.

“Sekiranya keputusan telah dibuat lebih awal sebelum ini, PAC boleh selesai mendengar kenyataan semua saksi,” kata Pua.

Hasan telah dilaporkan berkata bahawa PAC mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat keputusan yang ‘objektif, telus dan adil’ dalam siasatan terhadap 1MDB.

Beliau berkata, jawatankuasa itu tidak perlu memanggil saksi tambahan seperti yang dicadangkan oleh Pua.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican pada Selasa menyatakan tiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung 1MDB, dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini.

Reezal mengulas desakan mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.