1MDB Tiada Hutang Tertunggak – Najib

137
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mempunyai hutang tertunggak pada ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“1MDB tidak pernah gagal dalam melunaskan segala hutangnya, termasuk pembayaran faedah pinjaman,” katanya dalam jawapan bertulis di sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hanipa Maidin (PAN-Sepang) kepada Menteri Kewangan berhubung jumlah hutang tertunggak 1MDB ketika ini dan jumlah hutang syarikat itu yang dijamin kerajaan.

Menjawab soalan kedua Hanipa, Najib berkata jumlah hutang 1MDB yang diberi jaminan kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.