17 Maut Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Florida

9
0
KONGSI

FLORIDA: Sekurang-kurangnya 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat.

Angka kematian itu disahkan jurucakap polis Scott Israel, yang mana rata-rata mangsa adalah pelajar Marjory Stoneman Douglas High School, Parkland.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

Suspek dikatakan dibuang sekolah sebelum ini kerana masalah disiplin.

Katanya, tiada sebarang insiden berlaku ketika penahanan suspek yang dilakukan berdekatan sekolah itu.

Kesemua mangsa dibawa ke Broward Health Medical Center dan Hospital Broward Health North.

Dalam kejadian 2.30 petang waktu tempatan, polis menerima panggilan kecemasan dan menggerakkan pasukan SWAT untuk mengosongkan kompleks pendidikan yang menempatkan lebih 1,000 pelajar.