15 Pemidato UMNO Rebut RM69 Ribu

77
0
KONGSI

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Seramai 15 pemidato finalis bakal merebut hadiah keseluruhan RM69,000 pada pertandingan akhir Pidato Piala Presiden UMNO 2015 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Program yang dirasmikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian turut melancarkan Alumni Peserta Pidato Piala Presiden UMNO sejurus selepas

Zahid berkata hampir 2,500 alumni pertandingan itu yang kini bernaung di bawah satu organisasi akan digerakkan sebagai aset dalam kempen penerangan ke akar umbi termasuk mengilap bakat, potensi dan ketrampilan mereka.

“Kita mahu melihat semua peserta pidato apabila mereka menjadi alumni mereka menjadi pemidato efektif yang mampu bergerak sebagai jentera dan memenangi lebih dua pertiga (kerusi) pada pilihan raya umum ke-14,” jelasnya lagu.

Pertandingan yang memasuki tahun kedua menyaksikan penyertaan seramai 573 orang mewakili 191 bahagian UMNO meliputi zon utara, timur, selatan, tengah dan Sabah yang bermula 18 Oktober lalu dan pemenangnya akan diumumkan malam nanti.