Berapa Bilion Wang Proton Masuk Ke Tun M – Mykmu

831
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sepanjang tempoh 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara, pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya termasuk penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah.

Dan ketika beliau membidas pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, penyokong perdana menteri mengungkitkan tentang syarikat Proton, idea bermasalah Mahathir yang mula beroperasi pada tahun 1983.

Menerusi sepucuk surat diterbitkan di Mykmu.net mempersoalkan keuntungan yang dikumpulkan oleh anak saudara dan kerabat Mahathir daripada Proton.

Penulisnya, Amin Yatim, menyatakan bagaimana Mahathir memberi gambaran bahawa anak tiri Najib, Riza Aziz memperoleh dana daripada 1MDB.

Riza mendapat tumpuan selepas didedahkan bahawa beliau membeli rumah agama atau ‘penthouse’ di New York bernilai RM110 juta dan menerbitkan filem Hollywood ‘Wolf of Wall Street’.

Menurut penulis, laporan menunjukkan Proton mencatatkan jualan berjumlah RM200 bilion sejak kumpulan pertama model kereta itu dilancarkan.

“Apakah ada kepentingan tertentu Tun (Dr Mahathir) dalam penjualan bernilai RM 200 bilion itu?

“Tun begitu melindungi Proton sehingga sanggup menjatuhkan perdana menteri demi Proton.

“Tun menyatakan Proton ialah satu kepentingan strategik nasional yang perlu dipertahankan.

“Hakikatnya ratusan negara tidak menjadi pengeluar kereta dan kepentingan strategik mereka tidak pernah terancam.

“Justeru ramai yang tertanya-tanya apakah Tun mempunyai kepentingan peribadi dalam hal proton ini seperti mana isu IPP? soal Amin.

Katanya, seorang Naib Presiden PERKASA, semalam, menghantar mesej kepada ramai orang bahawa Proton banyak membantu vendors Melayu dalam industri automotif.

Untung besar

Menurut penulis, walaupun beliau tidak menafikan perkara itu yang menjadi sumbangan terpenting Proton, namun beliau bagaimanapun mempersoalkan siapa di kalangan vendor Melayu yang meraih keuntungan yang besar itu.

“Bukankah Yasmin Jurumuda Sdn Bhd merupakan vendors terbesar Proton dengan menjadi pembekal tunggal “anti-rust” atau “rust proofing” kepada semua kereta Proton?

Amin seterusnya meminta Mahathir mendedahkan berapa bilion pendapatan syarikat itu.

“Berapa bilion pendapatan Yasmin Jurumuda hasil dari menjadi pembekal tunggal rust proofing kepada Proton ini? Inikah yang Tun cuba lindungi dengan melindungi Proton? soalnya.

Beliau berkata suratnya bukan bertujuan merosakkan imej Mahathir, mahupun perniagaan bumiputera tetapi bekas perdana menteri itu sekarang sudah keterlaluan dalam usaha untuk menjatuhkan Najib, sehingga mereka-reka cerita mengenai 1MDB tanpa segan silu.

“Jika Tun sanggup fitnah anak tiri perdana menteri, mungkin Tun juga perlu menjawab persoalan mengenai pembabitan suku-sakat Tun dengan Proton selama 30 tahun ini.

“Berapa bilion dikaut oleh Yasmin Group dari Proton sehinga hari ini? Apakah ini yang Tun cuba lindungi?” soalnya lagi.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Mahathir mengenai surat itu dan sedang menunggu jawapannya. – INSIDER

SHARE
Previous articlePolis Nafi Letupan Bom Punca Kebakaran Enam Kereta
Next articleGangguan Aerotrain KLIA, Penumpang Terkandas