Berang Isteri Kena Raba, Buskers Terajang Warga Asing

428
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Gara-gara kerana terlalu berang dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Nepal yang didakwa mencabul kehormatan isterinya, vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa membelasahnya sehingga pengsan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras jenayah yang melibatkan warga asing.

Katanya, kejadian yang berlaku terhadap isterinya itu membuktikan bahawa kebanjiran warga asing di Malaysia menyebabkan negara ini sudah tidak lagi aman.

“Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?

“Isteri saya yang bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis malam semalam. – MK

SHARE
Previous articleNajib Sertai Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean
Next articleMayat Empat Remaja Hilang Ditemui Dalam Sungai