Belum Ada Keperluan Panggil Tun M – Polis

314
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Masih belum ada keperluan untuk polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung penyertaan dan ucapannya dalam perhimpunan Bersih 4, bulan lalu, kata Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.‎

Timbalan ketua polis negara itu juga berkata, beliau tidak pasti kedudukan siasatan terkini terhadap bekas perdana menteri tersebut.

“Cara kita menjalankan siasatan merujuk kepada laporan dibuat, dan kedua kita rekod saksi, kalau ada keperluan baru kita rekod.

“Setakat ini saya tidak pasti kedudukan siasatan, tetapi kalau ada keperluan kita akan panggil dan ambil tindakan sewajarnya,” katanya katanya pada sidang media selepas majlis kenaikan pangkat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.