Belanda Keluar Laporan Siasatan MH17 Hari Ini

101
0
SHARE

THE HAGUE: Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung kemalangan pesawat MH17 Malaysia Airlines hari ini.

Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi semua aspek siasatan.

Dokumen itu bertajuk ‘About the Investigation’ akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Belanda.

Laman web itu berkata Pengerusi Siasatan Tjibbe Joustra akan terlebih dulu memaklumkan kepada keluarga mangsa hasil siasatan di The Hague pada 11 pagi (waktu tempatan), sebelum memaklumkan kepada pihak media di pangkalan udara Gilze-Rijen pada 1.15 tengah hari dan mengeluarkan laporan tersebut pada 1.45 tengah hari.Laporan itu antara lain memfokuskan kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di ruang udara di selatan Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.