Bekas Pengacara Aziz Desa Meninggal Dunia

429
0
SHARE

PETALING JAYA: Bekas wartawan dan pengacara, Aziz Desa meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi Ahad di Hospital Langkawi.

Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, menghembuskan nafas terkahir selepas terlantar di hospital tersebut akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Allahyarham yang juga bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah dilapor mengalami masalah buah pinggang pada tahap serius dan sedang  menjalani proses heamodialisis.