Bapa Adun DAP Dibebaskan

36
0
SHARE

GEORGE TOWN: Lim Keat Seong, bapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Pinang iaitu Lim Siew Khim telah dibebaskan selepas empat hari direman.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata lelaki berusia 68 tahun itu dibebaskan pada Isnin malam.

Sebelum ini Mahkamah Majistret membenarkan SPRM menahan reman Keat Seong selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes rasuah melibatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Tahanan reman itu sepatutnya berakhir pada 8 september ini.

“Kami masih menyiasat,” kata Abdul Aziz dalam mesej media sosial pada Selasa.

Keat Seong ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Isu urusan ‘rasuah untuk rumah’ itu terbongkar apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.