Bantah Pengusiran, 2 Wakil Rakyat DAP Ditangkap

227
0
SHARE

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke ditahan pihak polis di Seremban, pagi tadi apabila beliau cuba menghalang pemaju mengusir penduduk Kampung Ulu Temiang.

Turut ditahan bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai dan beberapa penduduk kampung.

Melalui laman Facebook miliknya, Loke memuat naik gambar dirinya dan Ng berada di dalam kenderaan polis.

“Adun Temiang Ng Chin Tsai dan saya ditahan polis kerana cuba menghentikan pengusiran secara paksa di Kampung Ulu Temiang,” tulis Loke di laman Facebook rasminya.Sebelum itu, beliau turut memuat naik gambar penduduk kampung duduk di atas jalan dengan posting tertulis:”Penduduk Kampung Ulu Temiang yang ditindas pemilik tanah, One Visa Sdn Bhd!.”