Banjir: Kerajaan Selangor Sibuk Berpolitik, Rakyat Terabai

330
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

SHAH ALAM:  Kejadian banjir yang berlaku di Shah Alam bukan perkara baru kerana ia ibarat isu yang tiada kesudahan semenjak Kerajaan Selangor ditunjangi Parti Keadlilan Rakyat (PKR).

Setiausaha UMNO Bahagian Shah Alam, Mohamad Redza Karimun berkata, Kerajaan Selangor banyak berdolak-dalik mengeanai isu berkenaan.

Katanya, amat memalukan apabila Shah Alam sebuah bandar termaju di negara ini boleh banjir.

“Saya lihat sekarang parit dan longkang ditumbuhi dengan rumput dan ini boleh menyekat air apabila hujan lalu menjadi faktor banjir kilat di bandaraya ini.

“Lebih mengejutkan, Seksyen 13 sebuah kawasan elit yang dulunya tidak berlaku banjir tetapi kini boleh banjir seperti baru-baru ini,” katanya ketika ditemui MySuara dipejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohamad Redza lagi, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan wakil rakyat dalam Shah Alam sepatutnya menyelesaikan masalah ini, bukan lepas tangan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kita boleh lihat sendiri wakil rakyat dalam kawasan Parlimen Shah Alam termasuk Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad tidak mengambil berat akan masalah ini.

“Mereka lebihkan berpolitik daripada mahu memikirkan cara penyelesaian masalah ini,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu Barisan Nasional (BN) menjadi Kerajaan Selangor, Shah Alam sering banjir di kawasan TTDI Jaya, namun masalah itu dapat diatasi dengan membuat penebatan banjir.

Namun kini katanya, kejadian banjir semakin melarat ke tempat lain sehingga ke Puncak Alam kawasan tanahnya agak tinggi turut berlaku.

Mohamad Redza  berkata, inilah sikap sebenar wakil rakyat pakatan pembangkang di negeri ini yang hanya tahu mencari salah pihak lain walaupun sudah dua penggal memerintah.

Namun sebelum ini pada Sidang DUN Ogos lalu, Kerajaan Selangor secara terbuka mengakui masalah banjir kilat yang kerap melanda di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini disebabkan kegagalan mereka menyelenggara sistem perparitan dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, setakat Januari hingga Ogos, sebanyak 95 kes banjir kilat dicatatkan di negeri ini.

Menurutnya, bencana alam tersebut membabitkan 77 kawasan yang mana 20 daripadanya merupakan lokasi baharu.