Bangsar, Hartamas Antara “Hotspot” Baharu Ancaman Pengganas – Ku Nan

105
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Selain pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang, beberapa kawasan di sekitar ibu kota termasuk Bangsar dan Hartamas turut tersenarai antara kawasan panas yang menjadi ancaman penggganas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui menerima maklumat tersebut daripada pasukan perisikan negara.

“Ya saya ada terima maklumat (daripada perisikan). Antara kawasan termasuk Menara Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas dan Damansara,” katanya pada sidang media Pelancaran Kempen Kibarkan Bendera Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pihaknya yang bekerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara turut mengenal pasti individu mahupun kumpulan yang merancang untuk mengkucar-kacirkan negara.

“Ada pihak hendak huru-harakan keamanan negara, cemburu dengan pencapaian yang kita capai.

“Kita akan tingkatkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan ini termasuk pusat tumpuan pelancong dan orang ramai,” katanya.

SHARE
Previous articlePAS Berhak Jalin Kerjasama Demi Syiar Islam – Hadi
Next articleMalaysia Sedia Patuh Standard Tinggi TPPA