Bajet Pakatan Harapan Sokong Zeti Sambung Khidmat Dua Tahun

87
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan alternatif Pakatan Harapan 2016 menyaksikan 10 perkara dasar digariskan bagi mengelakkan krisis ekonomi terus berlaku di negara ini.

Salah daripada perkara yang telah disenaraikan adalah menyokong pelanjutan tempoh perkhidmatan Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk dua tahun lagi.

Pelancaran belanjawan ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen, Selasa.

Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan dimansuhkan dengan mengumpulkan semua pembekalan bawah senarai kadar sifar bagi mengurangkan inflasi.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga akan diletakkan dalam pentadbiran dan pesalah-pesalah berkaitan akan didakwa ke muka pengadilan.

“Kami akan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap 1MDB untuk mendapatkan kembali keyakinan pasaran,” menurut ringkasan eksekutif yang terkandung dalam buku Belanjawan Alternatif Malaysia 2016 oleh Pakatan Harapan.

Tujuh lagi perkara dasar yang digariskan adalah seperti berikut:-

– Memisahkan portfolio perdana menteri dan menteri kewangan

– Menubuhkan tabung pembiayaan petroleum untuk penduduk Sabah dan Sarawak

– Peruntukan kepada perbelanjaan pembinaan kereta api laju KL-Singapura akan diagihkan semula kepada pembinaan landasan kereta api di Sabah dan Sarawak.

– penjimatan RM30 bilion daripada langkah-langkah pencegahan rasuah.

– Mengurangkan dividen Petronas kepada RM20 bilion.

– Penyusunan semula pembayaran bantuan kewangan seCara bersyarat berdasarkan pekerjaan dan kehadiran sekolah

– Menyusun semula subsidi padi dan meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.

SHARE
Previous articleRM500j Jangkaan Pemeteraian Perjanjian Aset Keselamatan Pada GPEC
Next articleNajib Mahu ‘Perbicaraan’ 1MDB Melalui Media Dihentikan