Bajet 2016 Tanda Kerajaan Prihatin – Zahid

252
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

Tumpuan Bajet 2016 bukan sahaja kepada golongan berpendapatan sederhana tetapi merangkumi golongan berpendapatan rendah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kerajaan tetap terus bagi sasaran bukan sahaja B40 tetapi M40, ertinya kerajaan prihatin kumpulan berpendapatan sederhana dengan pengurangan cukai,” ujarnya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menegaskan bajet kali ini, kerajaan memberi nilai kepada kepada institusi sosial kerana mengurangkan cukai kepada anak-anak yang memelihara orang tua mereka.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan mengutamakan kebajikan dengan memperuntukkan 2,000 buah rumah kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerajaan juga beri harapan untuk memotivasikan PDRM yang kerja 24 jam tujuh hari seminggu,” katanya.

Pemberian peruntukan sebanyak 500 MPV kepada PDRM juga jelas kerajaan sentiasa mahu usaha membanteras jenayah menjadi prioriti dengan konsep modern policing.

Mengenai Bajet Pakatan Harapan, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu menegaskan, mereka juga mengiktiraf GST lebih baik daripada SST kerana dimasukkan dalam bajet mereka walaupun mahu ia dikurangkan.