Bajet 2016: Saya Undi Bagi Pihak Pengundi Saya – Khalid

58
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau telah mengkhianati pengundinya apabila mengundi untuk Bajet 2016.
Khalid berkata, mengundi Bajet yang telah pun diluluskan di peringkat dasar pada malam Isnin adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

“Kawasan saya (Bandar Tun Razak) mengundi saya untuk melakukan perkara yang betul jadi saya melakukan perkara yang betul, dari perspektif saya.

“Saya boleh jumpa penduduk di kawasan saya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah apa yang saya rasakan betul.

“Saya tidak melakukan sesuatu bagi pihak orang lain. Saya melakukan sesuatu bagi pihak mereka (pengundi),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Khalid dipecat daripada PKR pada tahun lepas dan kini menjadi ahli Parlimen bebas di Dewan Rakyat.

Beliau berpendapat terdapat terdapat banyak langkah pembangunan yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam Bajet itu, sambil menambah beliau merasakan bahawa perubahan kecil perlu dibuat untuk mengukuhkannya.

Dalam ucapan bajet beliau, ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata terdapat keperluan untuk mengkaji semula amalan penswastaan ​​sebelum ini untuk membetulkan masalah yang dihadapi oleh rakyat kerana syarikat konsesi memperoleh keuntungan besar.

“Oleh itu, sebagai seorang ahli Parlimen, saya tidak melihat keperluan untuk menentang Bajet itu,” katanya.