Bahang PRN Sarawak Makin Panas

84
0
SHARE
KUCHING: Suasana politik di Sarawak semakin panas apabila tarikh pilihan raya negeri (PRN) dikatakan akan diumumkan pada bila-bila.

Bagi Barisan Nasional (BN), pengagihan kerusi dan pemilihan calon masih belum selesai.

Pada Jumaat lalu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar harian berhubung laporan bahawa parti itu bersedia untuk berkompromi berhubung pembahagian kerusi dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Akhbar itu bagaimanapun mempertahankan laporannya.

Presiden SUPP, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian juga berkata bahawa pendiriannya untuk menyaman akhbar tersebut tidak berubah.

Beliau berkata pegawai partinya telah bertemu Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebelum mesyuarat jawatankuasa kerja pusat pada Khamis lalu, tetapi beliau enggan mendedahkan butirannya.

Sepanjang minggu lepas, Adenan telah mengumumkan nama-nama calon BN.

Beliau mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya dua kerusi di Sibu akan diberikan kepada UPP dan di Miri.

Katanya SUPP akan bertanding di sebahagian besar kerusi bandar.

Fokus sekarang telah beralih kepada kerusi di Kuching.

Dr Sim dipetik sebagai berkata bahawa SUPP telah memperolehi kerusi baharu iaitu Batang Kitang.

Sementara itu UPP masih mendesak untuk mendapatkan kerusi Batu Kawa.