Azalina Pertahan Saiz ‘Besar’ Kabinet

82
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman hari ini mempertahankan saiz Kabinet yang mempunyai 37 menteri dan 32 timbalan menteri.

Dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) yang mempersoalkan jumlah itu, Azalina berkata ia selaras dengan pertumbuhan pesat Malaysia serta bagi menghadapi cabaran baharu dalam dunia tanpa sempadan.

Menurutnya, ramai menteri dan timbalan menteri diperlukan bagi menghadapi cabaran dan tanggungjawab tambahan dunia moden.

“Justeru, menteri dan timbalan menteri dilantik di bawah portfolio masing-masing bagi memastikan segala perancangan dan agenda yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya,” jawapan Azalina dipetik.Menjawab soalan Ngeh lagi, Azalina berkata jumlah itu tidak boleh dibandingkan dengan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.