AS Tidak Akan Diheret Dalam Perang Di Iraq, Syria – Obama

82
0
SHARE
WASHINGTON: Presiden Barack Obama sekali lagi menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan diheret ke dalam peperangan di darat di Syria atau Iraq, biarpun ia meningkatkan penentangan terhadap kumpulan IS.
“Kami tidak patut diheret sekali lagi ke dalam peperangan di darat yang panjang di Iraq dan Syria. Itulah apa yang diinginkan ISIL,” kata Obama menerusi ucapan secara langsung di televisyen dari Oval Office susulan insiden tembakan di California. – AFP