“Arul Tidak Boleh Elak Berdebat Dengan Saya” – Rafizi

73
0
SHARE

KUALA LUMPUR: “Tiada jalan keluar” untuk Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy mengelak daripada berdebat mengenai firma pelaburan milik negara yang bermasalah itu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Walaupun ahli Parlimen asal, Tony Pua dari DAP, kini menarik diri, Arul masih perlu komited kepada debat yang dirancang disiarkan secara langsung itu atau berdepan risiko dicemuh rakyat, kata Rafizi.

Rafizi, ahli Parlimen Pandan yang dipilih pakatan pembangkang Pakatan Harapan untuk menggantikan Pua berkata, Arul tidak boleh memilih untuk menarik diri hanya kerana perubahan yang dibuat di pihak lawan.