Apple Bakal Lancar ‘iPhone Mini’?

35
0
SHARE

APPLE Inc dikatakan bakal melancar ‘iPhone Mini’ menjelang tahun 2016, kata seorang pakar teknologi terkemuka.

Lapor The Daily Mail, iPhone Mini bakal mempunyai paparan skrin bersaiz 4-inci – iaitu lebih kecil berbanding model iPhone 6 dan 6s Plus – namun tidak akan mempunyai ciri ‘3D Touch’ seperti model iPhone terkini.

Ming-Chi Kuo dari KGI Securities berkata model iPhone Mini adalah sama seperti model 5s dengan ciri-ciri yang dinaik taraf.

“Oleh kerana masih ada permintaan untuk telefon yang mempunyai skrin papran 4-inci, kami yakin Apple akan menambahbaikkan produk ini.

Sementara itu, beliau yakin Apple akan menjual iPhone Mini pada awal tahun 2016, sebelum melancarkan iPhone 7.

iPhone 6s dan 6s Plus mula dijual di beberapa negara pada September. Ia memasuki pasaran Malaysia pada Oktober.

Saiz skrin iPhone 6s adalah 4.7 inci, yang disifatkan ramai sebagai saiz yang paling ideal untuk telefon pintar.

Antara ciri terbaharu yang mendapat perhatian dan dipromosikan sebagai selling point pada telefon pintar ini adalah 3D Touch.