Apandi Ali Akan Bantu Switzerland Dalam Siasatan 1MDB

86
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara akan bekerjasama dengan rakan sejawatnya di Switzerland dalam siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pihaknya menunggu untuk meneliti hasil siasatan dan bahan diperoleh mereka menerusi saluran kebiasaannya.

Beliau berkata, semua bahan ini akan diteliti, seiring maklumat diperoleh pihak berkuasa berkaitan dan menerusi siasatan kami sendiri, sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

Tambah Mohamed Apandi, pihak berkuasa Malaysia komited untuk bekerjasama dengan entiti penguatkuasaan undang-undang asing berkaitan melalui konvensyen dan perjanjian antarabangsa yang sah.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber pada Jumaat berkata, beliau secara rasmi meminta Malaysia untuk membantu dalam siasatannya berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland oleh 1MDB dengan mengatakan ia mengesyaki penyelewengan berjumlah kira-kira AS$4 bilion.

Lauber berkata, permintaan itu berkaitan dengan kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland yang dikaitkan dengan sogokan seorang pegawai asing, salah laku di pejabat awam, penggubahan wang haram dan jenayag salah urus di 1MDB.

SHARE
Previous articleBashah Bukan Pengganti Mukhriz, Lapor Akhbar
Next articleBN Perlu Menang Besar PRN Sarawak – Najib