Apa Jawatan Ku Li Selepas Deklarasi Kelantan?

178
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tindakan Tokoh politik Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dikatakan menjadi perbualan pelbagai pihak.

Menurut Bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin, kini yang menjadi sebutan ialah tentang jawatan yang bakal disandang oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu.

“Yang menjadi perbualan ramai, ke mana Tengku Razaleigh selepas ini. Penasihat Petronas, Pengerusi PNB, atau Gabenor Pulau Pinang?” soalnya dalam laman blog miliknya.

Menurutnya, ia terbukti apabila Najib sendiri dilaporkan menawarkan jawatan Pengerusi PNB atau Gabenor Pulau Pinang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Yang pasti, Najib sendiri dilaporkan menawarkan jawatan Pengerusi PNB atau Gabenor Pulau Pinang kepada Muhyiddin Yassin sebelum ini, kedua-dua penyandang jawatan itu boleh dikira ‘tidak selamat’ lagi kedudukannya di sisi Perdana Menteri,” ujarnya.

Semalam, dalam Facebook Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, kelihatan gambar dua heavyweight Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa sendiri dan Datuk Seri Mustapha Mohamad bersama dengan Tengku Razaleigh.

Sebelum in, Tengku Razaleigh pernah disebut sebagai antara 58 individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat yang ditunjangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan sokongan pemberontak UMNO dan pimpinan parti-parti pembangkang. – FMT