Anwar Gembira Saifuddin Sertai PKR – Wan Azizah

134
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Walaupun sakit, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti itu.

Berita itu dikongsikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ketika Anwar membuat permohanan qazaf berhubung tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui (Datuk) Saifuddin Abdullah menyertai PKR hari ini.

“Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR,” katanya.

SHARE
Previous articleTiada Hudud Atau Letak Jawatan – Presiden Gerakan
Next articlePutrajaya Harus Guna Hasil GST Bayar Pampasan Syarikat Konsesi – Azmin