Annuar Tiada Bukti Dakwaan Rasis – Kit Siang

20
0
SHARE

ALOR SETAR: Lim Kit Siang mendakwa ganjaran wang tunai kepada mana-mana pihak yang boleh menyediakan bukti bahawa beliau adalah rasis menunjukkan Tan Sri Annuar Musa tidak mempunyai bukti berhubung dakwaannya itu.

“Meminta orang ramai untuk mencari fakta sama ada Kit Siang seorang yang rasis hanya menunjukkan Annuar sendiri tidak mempunyai sebarang bukti.

“Beliau sepatutnya mempunyai bukti sebelum menuduh sesiapa tetapi dalam hal ini adalah sebaliknya,” katanya dalam satu majlis di sini, Jumaat.

Kit Siang berkata demikian bagi mengulas ganjaran RM10,000 yang ditawarkan Annuar kepada sesiapa yang boleh menyediakan bukti bahawa dirinya seorang rasis, anti-Islam dan diktator.

Ketua Penerangan Umno itu pada Khamis menganjurkan pertandingan, terbuka kepada sesiapa yang boleh mencipta akaun Instagram, blog atau artikel yang bertajuk “Kit Siang seorang rasis, anti-Islam dan diktator selama 51 tahun”.

Tawaran Annuar susulan kenyataan Kit Siang yang mendakwa Annuar sebagai “bapa segala rasis” dan “penghinaan kepada Islam”.

Pemimpin DAP itu turut mencabar Annuar menyaman beliau berhubung dakwaan tersebut.