Anak TPM Muncul Di Radio Mysuara FM

114
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Anak Timbalan Perdana Menteri, Leftenan Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid yang menjadi viral di media sosial berikutan komentar-komentar vokal dan berterus terangnya akan muncul di dalam slot Inspirasi di radio dalam talian, MySuara FM.

Nurulhidayah sebelum ini pernah memberikan komentar mengenai demontrasi Bersih 4, keenggan generasi muda untuk berkerja dalam sektor ‘kotor, sukar dan berbahaya’ (3D) dan pramugari MAS yang lebih berusia yang telah mencetuskan kontroversi berikutan komentar balas netizen.

Ironisnya, di sebalik komentar negatif, emotif dan bias sentimen pengaruh bapanya yang baru menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun lalu, ikon belia itu sebenarnya mempunyai profil dan personaliti yang menarik dan pelbagai warna.

Melalui radio dalam talian di www.mysuarafm.com, MySuara FM akan menemubual beliau secara langsung dan mengenali sisi-sisi tersembunyi wanita kental dan kalis tekanan maya itu.