Anak Najib Tak Paksa Sesiapa Henti Persembahan

275
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Anak perdana menteri Norashman Najib tidak meminta untuk membuat persembahan di Zouk Singapore, tetapi dia hadir atas jemputan pihak pengurusan kelab tersebut, jelas Datuk Rizal Mansor, pembantu Datin Sri Rosmah Mansor.

“Ashman tidak pernah meminta untuk membuat persembahan dan hanya datang atas jemputan, mana mungkin Ashman boleh memaksa sesiapa (untuk dia membuat persembahan),” jelas Rizal dalam catatan di Facebook malam tadi.

Ashman, katanya, 26, telah dijemput oleh pihak pengurusan kelab itu untuk membuat persembahan penutup.

“Mengambil kira bahawa ianya adalah satu penghargaan bagi bakat dan hobinya, Ashman bersetuju untuk hadir membuat persembahan tersebut,” kata Rizal.

Beliau mendakwa bahawa Ashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi DJ jemputan daripada Zouk.

Bagaimanapu, kata Rizal, terdapat sedikit salah faham antara pihak pengurusan Zouk dengan DJ Jemputan tersebut mengenai masa mula dan tamat persembahan.

“Salah faham mengenai masa persembahan tersebut adalah antara pengurusan Zouk dan DJ Jemputan mereka, tidak ada kena mengena dengan Ashman. Berita yang mengatakan bahawa Ashman memaksa pihak Zouk atau DJ memberhentikan persembahan adalah tidak benar sama sekali.

Dilaporkan bahawa kelab popular itu menghentikan set deejay terkenal deejay Mesir Aly & Fila supaya Norashman boleh membuat persembahan.

Insiden dikatakan itu, yang berlaku Sabtu lepas, tersebar di media sosial, dan sebuah video yang berkaitan dengannya telah disiarkan di Facebook dan YouTube.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Zouk bagaimanapun menafikan bahawa deejay itu telah diganggu di tengah persembahan mereka.

Bagaimanapun, kenyataan ringkas itu tidak embuat sebarang rujukan kepada Norashman.

Dalam video itu, Fila yang (Fadi Wassef Naguib) yang berang memberitahu hadirin: “[…] Nampaknya Zouk mahu mainkan set orang lain.”

Ini menyebabkan hadirin membantah dengan ejekan.

“Bukan sahaja itu – tetapi nampaknya dia anak seorang perdana menteri. Terima kasih banyak-banyak, nikmati trek (lagu) terakhir saya.

“Kita akan berjumpa di tempat lain pada masa akan datang. Tetapi, tidak di Zouk lagi! Kerana saya tidak akan main di Zouk lagi. Mereka telah hina saya, tetapi saya sayang anda semua,” katanya. – MK