Amanah Sedia Pertahan Mat Sabu Untuk Lawan PAS

68
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mempertahankan Presiden parti itu, Mohamed Sabu sekiranya PAS mengambil tindakan Undang-Undang terhadap kenyataan yang dikeluarkan beliau baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pengerusi Biro Undang-Undang Amanah, Datuk Mohd Hanipa berkata, pihaknya menghormati hak pelbagai pihak termasuk PAS untuk mengemukakan tindakan saman malu terhadap parti itu atau pemimpinnya.

“Saya ingin menegaskan bahawa terdapat banyak juga tuduhan liar, tidak berasas dan fitnah telah ditujukan terhadap pemimpin Amanah termasuk oleh beberapa pemimpin PAS.

“Amanah berhak memfailkan tuntutan balas sekiranya PAS masih mahu menjadikan mahkamah sebagai medan pertempuran,” katanya.

Mohd Hanipa pada masa sama turut mengingatkan PAS bahawa parti itu tidak menjadi musuh politik Amanah.

Pada Selasa sebuah akhbar berbahasa Malaysia melaporkan PAS Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah berikutan tuduhan melampau bahawa ‘PAS diresapi ideologi IS’ iaitu sebuah kumpulan militan yang berpangkalan di Syira dan Iraq.