Amalan Biasa Pemimpin Simpan Wang Dalam Akaun Amanah Parti – Ku Nan

153
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menjadi amalan biasa bagi pemimpin politik untuk menyimpan wang dalam akaun amanah bagi partinya, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Ya, (amalan biasa) dalam mana-mana parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Oval Damansara di sini pada Isnin ketika ditanya mengenai sumbangan derma dalam akaun amanah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk UMNO.

Beliau berkata pihak yang membuat dakwaan berhubung amalan ini hanya cuba untuk melemahkan UMNO.

Tengku Adnan berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan presiden UMNO itu cuma “permainan politik untuk melemahkan parti”.

“UMNO ialah parti berusia 69 tahun dengan 3.7 juta anggota yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan masih berdiri teguh.

“Kami tahu bahawa sesetengah pihak mahu kami gagal. Kami akan memastikan bahawa, apa sahaja yang patut dilakukan, kami akan melakukannya dengan betul, demi negara dan melakukannya untuk masa depan negara kita,” katanya.