Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Pagi Ini

54
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar pagi ini. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, aliran trafik di kedua-dua arah lebuh raya itu lancar setakat 9 pagi ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik juga lancar dan terkawal di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.