Ajakan PAS Kembali Bersatu Ditolak GHB

398
0
SHARE

KUALA LUMPUR :  Seruan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) kembali pada perjuangan PAS ditolak Khalid Samad.

Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa GHB Pusat berkata, beliau lebih selesa dengan keadaan kini yang berpecah dengan PAS Konservatif disebabkan ketidaksefahaman yang berlaku dalam kalangan pemimpin.

“Biarlah PAS dengan cara mereka, kita dengan cara kita, saya rasa dengan cara macam ni lebih sesuai, dan cara kita sekarang lebih bertepatan dengan perjuangan seperti Ustaz Fadzil Mohd Noor dulunya, iaitu reformasi dan cara beliau dalam membawa perubahan dan kebaikan, ” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mengajak ahli GHB membatalkan niat untuk menyertai gerakan itu dan meneruskan perjuangan demi rakyat.

Jelas Tuan Ibrahim lagi, pembatalan niat itu masih tidak terlewat kerana GHB masih belum didaftarkan sebagai sebuah parti di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Terima kasih lah atas ajakan tu, tapi tak apa lah, lebih baik kita berpecah daripada kita bergaduh je dalam satu parti, tak elok kan,” tambahnya. – BNBBC