Ahmad Bashah Terima RM15 Juta Untuk Pembangunan

172
0
SHARE

ALOR SETAR: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tersenyum lebar pada hari pertama beliau memegang jawatan menteri besar Kedah selepas perdana menteri meluluskan peruntukan khas RM15 juta untuk meningkatkan kemudahan di daerah Kuala Muda, lapor The Star hari ini.

Ia bagi membina sebuah kompleks komersial untuk menempatkan peniaga kecil yang selama ini menjaja di warung tepi jualan seperti ketam nipah, buah-buahan hutan dan air nira.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata itu berkata, ia bukan sahaja akan memperbaiki kehidupan peniaga tetapi juga akan menjadi lebih mudah dan selesa untuk pelancong.

Akhbar itu melaporkan, perdana menteri memuji Bashah dan berkata beliau amat yakin kepadanya pada satu majlis semalam.
“Nampaknya, beliau lulus ujian pertamanya dengan memberikan ucapan yang baik sebagai MB anda.

“Saya yakin dengan beliau dan suka untuk menyatakan kerajaan persekutuan akan memberi kerjasama penuh kepadanya,” Najib dipetik sebagai berkata pada pelancaran Pusat Transformasi Bandar di Dataran Ukir, Alor Setar.

Perdana menteri juga berkata, Kedah memerlukan hubungan yang baik dengan Putrajaya bagi membolehkan ia mendapatkan dana yang amat diperlukan untuk pembangunan negeri.

“Oleh kerana dia dengan berani meminta saya untuk (peruntukan) ini, saya tidak mahu katakan tidak, dan membuat dia tidak tidur malam. Jadi, saya dengan ini meluluskannya,” kata Najib.

Bahshah mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu Khamis lalu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletak jawatan susulan tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan pimpinan Umno negeri. – INSIDER