Ahmad Bashah Mula Tugas MB Kedah

118
0
SHARE

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini memulakan tugas baharunya di Wisma Darul Aman, di sini, tepat jam 8 pagi.

Ahmad Bashah, 66, tiba di Wisma Darul Aman dengan berpakaian sut hitam pada 7.45 pagi dan disambut EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, pegawai dalaman serta kakitangan Wisma Darul Aman.

Ahmad Bashah kemudian diberi taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh SUK selama 30 minit.

“Saya akan bertemu dengan pegawai kerajaan di sini untuk mendapatkan taklimat mengenai semua tugasan yang perlu saya tahu,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Wisma Darul Aman, di sini, pagi ini.

Terdahulu, Ahmad Bashah bersama pegawai dalaman dan kakitangan di Wisma Darul Aman mengadakan bacaan doa di pintu masuk Pejabat Menteri Besar sebagai tanda kesyukuran.