Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah

293
0
SHARE

ALOR SETAR: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi.

Ahmad Bashah, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bakar Bata melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Yang turut hadir dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu ADUN dan Anggota Parlimen Kedah serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Semalam, Ahmad Bashah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz yang telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri ini.