Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Jam 10 Pagi Hari Ini

87
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada Rabu.Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam satu sidang media di Wisma Darulaman, kira-kira pukul 11.10 pagi Rabu.

Sidang media itu dibuat sejurus selepas Mukhriz selesai mengadakan sidang media mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta-merta.

“Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa pada 3 Februari 2016.

“Berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah memperkenan Datuk Ahmad Bashah, Adun Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa 4 Februari 2016,” katanya pada sidang media.

Menurut beliau, majlis pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan pada 4 Februari 2016 (Khamis) pada jam 10 pagi di Istana Anak Bukit, Alor Setar.