Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia

856
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, 57, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam tadi, di kediamannya di Kondo Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan anak keduanya, Muhammad Arif ketika dihubungi, sebentar tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pertang, Datuk Jalaluddin Alias, berkata Allahyarham meninggal dunia akibat ketumbuhan otak yang dihidapinya.

“Seluruh kepemimpinan UMNO Negeri Sembilan dan kerajaan negeri menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham.

“Beliau seorang individu yang banyak menabur bakti, baik dalam pentadbiran mahu pun parti,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu itu berkata, beliau kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menziarahi Allahyarham.

Difahamkan, Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Petaseh, Kuala Klawang, esok.