Ahli Cuba Gugat UMNO Akan Disiasat – Ku Nan

65
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Lebih ramai ahli UMNO akan disiasat berhubung cubaan memecahbelahkan kepemimpinan parti berkenaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata siasatan itu turut membabitkan ketua cawangan UMNO yang cuba merosakkan imej parti.
“Kita akan siasat lebih ramai lagi kerana mereka ini ada masalah disiplin. Kita tak perlu orang macam ini, kita mahu ahli parti yang berdisiplin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat, di sini, hari ini.