“Agroyouth” Akan Diteruskan Pada HPPNK 2017

122
0
SHARE

Oleh: Izzuan Masron

SERDANG: Kem Belia Agro atau “Agroyouth Camp” yang diperkenalkan pada MAHA2016 yang lalu akan diteruskan pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang akan diadakan selama  empat hari bermula 28 September hingga 1 Oktober 2017.

Perkhemahan itu adalah bertujuan bagi memupuk semangat cintakan alam semulajadi dan menjiwai flora fauna di dalam hutan terutamanya golongan muda berkaitan sektor pertanian.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pelbagai aktiviti telah disediakan dan dirancang agar perkhemahan selama 4 hari mereka bermanfaat.

“Seramai 1500 orang anak muda akan berkhemah di MAEPS dan menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang HPPNK 2017, dengan tujuan memupuk semangat dan cinta mereka terhadap bidang pertanian.

“Kita ada kem orang muda, kem belia yang berkaitan kem belia agro, ada bengkal dan sesi  perbincangan semasa HPPNK 2017 diadakan.

“Pada MAHA 2016 kita adakan kem agroyouth dan mendapat sambutan yang baik, jadi kita akan teruskan kem tersebut pada HPPNK kali ini selama 4 hari”, katanya ketika ditemui selepas sidang media HPPNK dan MyFF di Maeps.